Set Kayangan

Daun berlian, setitis biru

Inilah set kami untuk hari besar: kalung daun berlian, subang bunga bertitis, sebentuk cincin dan rantai tangan yang sepadan, dengan berlian pear biru di tengah. Sesuai untuk majlis nikah atau persandingan, tapi setiap satunya cukup ringan untuk terus dipakai lama selepas itu.

Seorang wanita bergaun biru pucat memakai Set Kayangan: kalung kalungan dengan titisan biru, subang titisan biru, cincin dan rantai tangan daun

Dari mana datangnya rekaan ini

Daun, bunga dan sedikit biru

Sekitar tahun 1900, tukang emas di Paris mula menggunakan platinum, logam yang cukup kuat untuk dijadikan dawai yang sangat halus. Dari situlah lahir kalung gaya kalungan (garland) zaman itu: daun, bunga dan reben yang begitu halus sampai nampak macam renda di atas kulit. Kalung Kayangan kami dibuat dengan semangat yang sama, dengan daun berlian marquise yang bertemu pada sekuntum bunga dan setitis batu tergantung di bawahnya, di sini dalam emas putih 14K.

Seluruh set ini guna dua bentuk berlian. Bentuk pear dikatakan bermula dengan Lodewyk van Berquem, tukang potong berlian di Bruges pada tahun 1400-an. Bentuk marquise pula ada cerita yang lebih manis: kononnya Raja Louis XV dari Perancis mahukan batu yang berbentuk bibir Marquise de Pompadour. Dalam set ini, marquise menjadi daun, manakala pear menjadi kelopak bunga, titisan dan daun pada rantai tangan.

Biru antara warna yang paling jarang bagi berlian. Di alam semula jadi, warnanya datang daripada sedikit boron dalam kristal, dan Berlian Hope, mungkin berlian paling terkenal di dunia, berwarna biru. Batu tengah dalam set ini ialah lab-grown diamond biru. Kalau anda lebih suka putih, itu pun boleh, dan ada gambar yang menunjukkannya.

Kayangan ialah kerajaan di langit dalam cerita lama Melayu. Dalam Hikayat Malim Deman, tujuh orang puteri terbang turun dari Kayangan untuk mandi di sebuah tasik. Bila kami lihat daun dan titisan biru ini bersama, ia nampak macam barang kemas yang mungkin dipakai mereka, jadi nama itu kekal.

Kayangan Garland Necklace dalam emas putihKayangan Garland Necklace Kayangan Flower Drop Earrings dalam emas putihKayangan Flower Drop Earrings Linang Fancy Pear Ring dalam emas putihLinang Fancy Pear Ring Seorang wanita bergaun biru pucat memakai Set Kayangan: kalung kalungan dengan titisan biru, subang titisan biru, cincin dan rantai tangan daunSet Kayangan
Linang Fancy Pear Ring dalam emas putihLinang Fancy Pear RingKayangan Garland Necklace dalam emas putihKayangan Garland NecklaceKayangan Flower Drop Earrings dalam emas putihKayangan Flower Drop EarringsKayangan Leaf Bracelet dalam emas putihKayangan Leaf Bracelet

Set ini

Ambil keempat-empat, atau mula dengan satu

Setiap barang kemas ada harganya sendiri dan kami buat mengikut tempahan dalam emas putih 14K, dengan berlian pear biru atau putih. Kalau anda ambil keempat-empatnya, anda jimat 5%, dan kami pilih batu biru untuk seluruh set sekali gus supaya warnanya sepadan.

Beli satu per satu: RM 76,050

Set penuh: RM 72,250

Jimat 5% untuk set penuh.

Set Kayangan

Lihat warna biru dengan mata sendiri

Berlian biru nampak lain di bawah cahaya siang dan lampu kedai, dan gambar memang tak dapat tunjuk sepenuhnya. Tempah setengah jam dengan kami dan kami letakkan pear biru dan putih sebelah-menyebelah supaya anda boleh pilih.